Pada Siaran Akhbar 8 April 2020, pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah mengumumkan bahawa tiada penangguhan ansuran bulanan atau moratarium akan diberikan. Menurut LPPSA, kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan yang telah pun disubsidikan pada kaedah faedah terendah iaitu 4%. Lebih rendah dari mana-mana insitusi perbankan tempatan yang lain.

Antara alasan yang diberikan ialah, pembiayaan perumahan yang diberikan oleh mereka adalah lebih rendah (4%) berbanding kos dana yang LPPSA perolehi sendiri. Iaitu pada kadar antara 4.5% sehingga 5%.

Sebarang penangguhan bayaran atau moratarium akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan sebanyak RM2 Billion.

Pihak LPPSA juga bertanggungjawab kepada kelansungan dan sumber kewangannya untuk memastikan manfaat pembiayaan dapat diteruskan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan datang.

Pihak LPSSA juga berpendapat penjawat awam dan pesara kerajaan tidak terjejas buat masa ini kerana masih menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA.

Tambahan lagi dengan bantuan prihatin yang disalurkan oleh pihak kerajaan, iatu sebanyak RM500 secara one off untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak dan pesara kerajaan.

Kepada yang ingin membuat pertanyaan lanjut, anda boleh kemukakan di etiket.lppsa.gov.my 

Pegawai untuk dihubungi :
Nashrul Bin Abdul Shukor Jabatan Komunikasi Korporat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Tel: 017-622 3604 E-mail: [email protected]

Sumber : PRESS RELEASE NO MORATORIUM LPPSA-FINAL-1