TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN EKSEKUTIF PEMASARAN LANTIKAN KONTRAK
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 18 tahun pada tarikh temuduga serta berminat menghadiri temuduga terbuka jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh / Hari : 31 Januari 2019 / Khamis
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 9.00 pagi – 10.00 pagi)
Tempat : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Terengganu
Cawangan Dungun
No. 4, Bangunan Kedai Desa
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun
TERENGGANU
Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) TERENGGANU
Akan ditempatkan dan bertugas di pejabat cawangan Dungun, Terengganu
GAJI : RM1,600.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
Peramah;
Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil- sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Surat Beranak pemohon;
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Salinan lesen memandu; dan
- Lain-lain dokumen sokongan.
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
CATATAN AM
a) Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
b) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.
Sila Download Borang Permohonan