Temu Duga Terbuka untuk Jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel

Bank Negara Malaysia ingin mempelawa calon yang sesuai dan berkelayakan untuk menghadiri sesi temu duga terbuka bagi jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Calon mestilah mempunyai kelayakan yang berikut:

  • Warganegara Malaysia  berumur antara 18 hingga 28 tahun
  • Sihat tubuh badan, mempunyai  penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
  • Tidak mempunyai  rekod jenayah

Kelayakan minimum akademik:

Konstabel (Unit Khas) Konstabel
Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00

Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris

Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dan lulus Bahasa Inggeris.

 

UKURAN BADAN DAN CIRI FIZIKAL

Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:

Kriteria Lelaki Wanita
Ketinggian Minimum
(tidak berkasut)
165 cm 163 cm
Berat Badan Minimum 50 kg 48 kg
Ukuran Dada Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
Indeks Jisim Badan
(Body Mass Index – BMI)
Antara 19 hingga 26
Penglihatan Lulus ujian  bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

SARAAN

  • Pakej gaji yang kompetitif
  • Kemudahan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian untuk diri dan tanggungan
  • Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya

 

TEMU DUGA TERBUKA

Calon yang berkelayakan dipelawa menghadiri sesi temu duga dan maklumat lanjut adalah seperti yang berikut:

Lanai Kijang, 10, Perkarangan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur
Sabtu, 02 November 2019
8.30 pagi – 1.00  tengah hari

Sila bawa bersama-sama perkara yang berikut untuk  menghadiri temu duga:

  • Pakaian formal untuk sesi temu duga dan pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) untuk ujian kecergasan dan fizikal
  • Satu gambar terkini berukuran pasport
  • Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
  • Resume terkini
  • Sijil akademik (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan salinan
  • Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya berkenaan
  • Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat

Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.