Kerajaan prihatin dengan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan. Sejajar dengan hasrat tersebut, Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.
Selaras dengan komitmen Kerajaan yang prihatin, bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai 2 April 2020. Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah untuk memudahkan rakyat supaya tidak perlu
keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pada masa yang sama, semakan dan kemaskini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu www.semakprihatin.treasury.gov.my/ mulai 2 April 2020.
- Pastikan anda mempunyai maklumat akaun bank untuk dikemaskini sekiranya masih belum menerima bayaran sebelum membuat semakan.
- Sekiranya anda mempunyai permit pemandu teksi atau pemandu pelancong yang sah, sila hubungi nombor berikut – untuk pemegang permit teksi di talian APAD atau Kementerian Pengangkutan Malaysia 1 800 88 7723 atau talian wasap 019-290 7723 – untuk permit pemandu pelancong di talian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya talian 03-8891 7189
Data pemandu teksi menggunakan data yang telah disahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) manakala data pemandu pelancong adalah data yang disahkan oleh Kementerian Pelancongan (MOTAC).
Semakan dan kemaskini maklumat akaun boleh dibuat di semakprihatin.treasury.gov.my.
PERINGATAN!!! Hanya akaun bank yang sepadan dengan no IC penerima sahaja akan diterima. Sekiranya maklumat akaun bank tidak sepadan dengan no IC, bank akan menolak bayaran tersebut. Kes-kes muflis/senarai hitam atau tiada akaun bank yang sah akan menerima bayaran secara tunai dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pebdapan suami sahaja harus diambilkira
Hukum isalam pun tak membenar kan mkn duit isteri
Pendapata suami sahaja bukan pebdapatan seisi rumah
Bapa saya tidak ada bank akaun, pergi BSN tanya mereka cakap belum ada duit masuk. Tidak boleh ambil. Kena tunggu. Bila duit ini boleh ditunaikan? Dan macam mana saya dapat tahu duit ini sudah masuk bank BSN?
Boleh lakukan semakan di http://semakprihatin.treasury.gov.my/
Macam mana nak tahu status Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN (Pemandu Pelancong) duit dh masuk ke Akaun ke belum??
Dh check & daftar pd 3 April sampai sekarang 18 April tak ada masuk pon dalam Akaun.
Seperti BPN kita boleh tahu status berjaya ke tak. Berapa jumlah dah masuk ke Akuan. Berjaya di credit kan ke akuan sekian2..
Ada paparan maklumat pembayaran..
Kalau utk yg ini Batuan One Off Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN (Pemandu Pelancong) tiada maklumat status pembayaran seperti BPN.
Susah kita nk tahu..
Kenapa bantuan until pemandu texsi Tak diterima lagi….
Saya masih belum terima lagi hingga kini
mungkin dalam bulan ni tuan