Select Page

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi jawatan berikut:-

Polis Bantuan
(Lelaki/Gred KP10G12)

SYARAT KELAYAKAN

  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), LULUS sekurang-kurangnya dalam lima (5) mata pelajaran termasuk LULUS matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (calon luar) atau 30 tahun (calon dalaman)
  • Bagi calon dalaman mestilah telah disahkan di dalam jawatan dan diperakui oleh Ketua Jabatan;
  • Tinggi tidak kurang daripada 165sm (tanpa memakai kasut)
  • Berat badan tidak kurang daripada 52kg; BMI 19 – 27
  • Ukuran dada biasa 79sm, tarik nafas 84sm
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata
  • Tidak Buta Warna.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia
  • Bebas dari segala jenis dadah / Rekod jenayah
  • Sedia ditempatkan ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad

SFESIKIFASI TUGAS :

Menjalankan semua aspek penugasan kepolisan di seluruh rangkaian dan premis KTMB seperti berikut:-

  • Membuat kawalan di depoh
  • Menjaga keselamatan orang ramai di stesen dan platform
  • Membuat rondaan berjalan kaki dan kenderaan jabatan di sepanjang landasan
  • Membuat rondaan di dalam tren (On Board)
  • Memantau kawalan 24 jam melalui CCTV
  • Kawalan kutipan wang hasil (CIT)
  • Tugas-tugas kepolisan

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dibuat dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, kelulusan berserta dengan salinan sijil yang berkaitan.

Bagi calon luar hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 5 Februari 2019 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Jabatan Modal Insan
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631367 / 03-22631312

Iklan Kerja Kosong


Share This