Berita baik buat penduduk Wilayah Persekutuan dan khasnya Putrajaya, kini anda boleh berniaga secara kecil-kecilan .

Selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr. Annuar Musa pada 10 November 2020 mengenai Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan ini membuka permohonan kepada Penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B).

🔗 : https://bit.ly/38AzkAI

Borang yang lengkap diisi bolehlah dihantar ATAU emel kepada :
Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau EMEL : [email protected]

📞: 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231

➡️Perniagaan boleh bermula mulai 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa 6 bulan berkaitan.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.