Peluang keemasan belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan sesi kemasukan JULAI 2018.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT KELAYAKAN ASAS

1. Umur. Pemohon mesti berusia diantara 18 hingga 25 tahun pada 1 JULAI 2018.

2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa alat bantuan.

3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:

a. Berat Badan Minimum. 47.5 kg.
b. Ketinggian Minimum. 1.62 meter.
c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25.
Cara pengiraan : BMI = _____Berat (kg)_____
Tinggi (m) x Tinggi (m)
d. Ukuran Dada Minimum. 76 cm (keadaan biasa).

4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.

5. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

CARA PERMOHONAN

1. Pemohon yang berminat boleh melayari capaian Google form seperti yang disertakan di bawah.

2. HANYA CALON YANG MENGISI BORANG ATAS TALIAN serta MEMENUHI SYARAT yang telah dinyatakan berpeluang terpilih untuk ke pemilihan awal. Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran / walk-in TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

3. Tarikh tutup permohonan. 19 Januari 2018.

Sila klik link di bawah untuk mendaftar

image1_29

PENDAFTARAN ATAS TALIAN PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 59/18 – LELAKI

 

KETERANGAN LANJUT MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7 MENARA TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR NO TEL : 03-2681 2412/2413

LAMAN SESAWANG RASMI : www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini FACEBOOK PAGE (Interaktif) : www.facebook.com/kerjayatudm

 

SENARAI DIPLOMA TUGAS KHUSUS

1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am)
3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
5. Diploma Kejuruteraan Elektrik
6. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
7. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
8. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
9. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik)
10. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa dan Kawalan)
11. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
12. Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik)
13. Diploma Kejuruteraan Elektronik
14. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
15. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
16. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
17. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
18. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
19. Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)
20. Diploma Kejuruteraan Aeroangkasa
21. Diploma Kejuruteraan Automotif
22. Diploma Kejuruteraan Elektro Mekanikal
23. Diploma Kejuruteraan Jentera (AM)
24. Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
25. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
26. Diploma Teknologi Penyelenggaraan Avionik
27. Diploma Teknologi Penyelenggaraan Helikopter
28. Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Terbang

 

Iklan Pengambilan TUDM