Tentera Udara Malaysia (TUDM) membuka peluang kerjaya kepadamber  rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk sesi kemasukan Julai 2020 siri 63/20. Temuduga terbuka TUDM 2019 ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut zon.

Kepada belia negara yang bercita-cinta tinggi untuk meluncur angkasaraya dipersilakan untuk membuat permohonan secara online sekarang.

Permohonan dibuka dari November 2019 hingga 31 December 2019 sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2020.
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

CARA MEMOHON

1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) di KerjayaAirforce
2. Log masuk ke bahagian pemohon.
3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.

Pemohon yang berjaya ke pemilihan akhir TUDM perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.