[ad_1]

PENANGGUHAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11 DI NEGERI KEDAH
========================================

Mengambil kira status terkini Pandemik COVID-19 di negeri Kedah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa urusan temu duga jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang dijadualkan mulai 11 hingga 15 Oktober 2020 di Pusat Temu Duga SPA Alor Setar, Kedah adalah DITANGGUHKAN kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penjadualan semula tarikh temu duga bagi urusan ini akan dilaksanakan dan calon yang terlibat akan dimaklumkan sewajarnya melalui e-mel. Calon juga boleh menyemak urusan berkenaan melalui Portal Rasmi dan Facebook Rasmi SPA.

BAHAGIAN PENGAMBILAN KHAS
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
9 OKTOBER 2020

[ad_2]

Source