Pemohon BPN Yang Tiada Akaun Bank Boleh Tunaikan di BSN

Mengikut data yang diberikan oleh Kementerian Kewangan, sehingga 17 April 2020, kerajaan telah menyalurkan Bantuan Nasional (BPN) kepada 6.5 Juta penerima golongan pendapatan rendah B40, berjumlah RM 4.8 Billion.

Namun begitu masih terdapat sebahagian kecil yang belum lagi menerima Bantuan Prihatin Nasional kerana tiada akaun bank atau gagal kredit.

Sebelum ini, pengumuman yang diberikan adalah pemohon yang gagal terima bantuan boleh menuntut di BSN selepas tamat tempoh PKP. Kerajaan telah mengambil keputusan membenarkan mereka yang masih belum menerima BPN untuk menunaikan di BSN.

Berita Baik

Berita baik buat pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank atau status di Portal Bantuan Prihatin Nasional adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Anda boleh hadir di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan kawasan rumah anda dengan memastikan penjarakkan sosial.

Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada maklumat pembayaran . Jika tiada lagi, ini bermakna pembayaran belum lagi dilakukan.

Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Nasional https://bpn.hasil.gov.my.

Penting pastikan anda sudah memperolehi Nombor Siri terlebih dahulu sebelum hadir ke BSN.

Anda boleh hadir ke BSN mulai 17 April 2020 apabila sudah mempunyai Nombor Siri pada paparan maklumat pembayaran. Tarikh akhir tuntutan secara tunai Bantuan Prihatin Nasional boleh dilakukan adalah selewat-lewatnya 31 Disember 2020.

Adakah WAKIL dibenarkan untuk Menuntut

Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima di Kaunter BSN. Wakil mestilah waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan mestilah terdiri daripada :

  1. Ibu/Bapa
  2. Pasangan
  3. Anak
  4. Adik-beradik
  5. Cucu

Sumber :

Operasi Perbankan di Hujung Minggu 

Operasi Perbankan di Hujung MInggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.