Berita baik untuk anda yang ingin menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menjalankan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 3 November 2017 (Jumaat). Jam 8:00 Malam – 8:40 Malam.

Sila rujuk status update dari Facebook Page Rasmi Suruhanjaya PerkhidmatanAwam (SPA) seperti dibawah :

Makluman melalui SMS :

RM0.00(excl.GST):SPA: ANDA DIJEMPUT PEPERIKSAAN ONLINE PEG.TADBIR&DIPLOMATIK PD 3.11.2017(JUMAAT)8:00MLM.SEMAK http://e-semakanntt.spa.gov.my UTK MAKL.LANJUT

Buat Semakan:

Jika anda telah memohon untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dan tidak menerima apa-apa notifikasi samaada di email atau sms.

Sila buat semakan secara online di :
http://e-semakanntt.spa.gov.my

Kami dimaklumkan pihak SPA ingin mengisi 400 kekosongan jawatan dan jumlah calon yang akan menduduki peperiksaan online kali ini adalah sekitar 50 ke 60 RIBU orang.

Tahniah untuk anda jika menjadi calon untuk peperiksaan online PTD pada tahun ini. Jika ini bukan kali pertama untuk anda menduduki peperiksaan online PTD, tahniah sekali lagi. Anda fokus kepada impian anda.

Kami petik kata-kata Jack Ma. Jangan putus asa.

Sedikit makluman tambahan dari pihak SPA :

  • Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41.
  • Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online ini akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Januari 2018.
  • Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak sesuai untuk calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Format Soalan Peperiksaan Online PTD 2017

Format soalan yang pada tahun ini dijangka berbeza berdasarkan pengalaman pepriksaan online yang lain seperti Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN yang dijalankan oleh pihak SPA.

Ramai yang tidak bersedia untuk menjawab peperiksaan online SPA. Ada yang bersikap sambil lewa dan hanya melakukan persiapan ala kadar. Ini sangatlah merugikan.

Anda perlu sedar selain dari menjawab soalan, capaian internet yang stabil dan komputer yang berkeadaan baik adalah sangat kritikal ketika menjawab soalan peperiksaan online ini. Antara persediaan lain adalah:

– mendapatkan capaian internet yang stabil
– Sediakan backup untuk capaian internet anda. Sediakan juga capaian internet dengan handphone anda.
– membuat persediaan dengan Rujukan dan Contoh Soalan peperiksaan online PTD
– peka dengan isu semasa
– faham dengan format soalan :

1. Seksyen A – Pengetahuan Am
2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

* Untuk bahagian B, ada pelbagai bentuk soalan yang menguji daya IQ anda untuk menyelesaikan masalah yang tidak ada ada kaitan langsung dengan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda membiasakan diri dengan soalan-soalan berikut untuk berjaya dalam Peperiksaan Online ini.

Sila lihat video panduan yang disediakan oleh pihak JPA untuk menajwab soalan peperiksaan online.


Panduan & Rujukan Exam Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 2017

  • Rujukan ini sedang diupdate oleh Tim Infokerjaya .
  • Tim Infokerjaya telah membantu lebih 78,000 calon sejak tahun 2009.
  • Nota Ringkas Ini Adalah Himpunan Tajuk-Tajuk Penting Berkaitan Tugas & Skop Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang terkini.
  • 40++ nota ringkas untuk menjimatkan masa ulangkaji anda.
  • 40++ contoh soalan Seksyen A untuk bantu persediaan anda
  • 50++ contoh soalan Seksyen B untuk bantu persediaan anda
  • Ini bukan soalan RAMALAN, tetapi sekadar contoh soalan.
  • Latihtubi untuk membiasakan anda dengan soalan peperiksaan online.

Jika anda berminat dengan Rujukan Pantas ini. Sila tinggalkan email anda dan subscribe dengan klik butang di bawah supaya kami dapat memberi info terkini dan preview copy 2017 untuk penilaian anda.

*Pastikan anda sahkan email anda setelah mendaftar*

Ramai yang sudah BERJAYA dibantu ! Kini giliran anda pula