Untuk makluman anda, SPA akan menjalankan Peperiksaan Online Pegawai Trafik Udara Gred 29 & Gred 41 pada hari Selasa, 3 Oktober 2017.

Sila rujuk status update dari Facebook Page Rasmi Suruhanjaya PerkhidmatanAwam (SPA) seperti dibawah :

+ Adakah anda calon Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & S29Sila buat semakan di pautan link berikut : http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/

Kemudian masukkan nama dan nombor kad pengenalan anda.

Tahniah untuk anda jika anda adalah salah seorang calon untuk peperiksaan online ini.

Latar Belakang Kawalan Trafik Udara

– Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

 

Objektif perkhidmatan Kawalan Trafik Udara adalah untuk:

– Mencegah perlanggaran diantara kapal terbang semasa di udara.
– Mencegah perlanggaran diantara kapal terbang dengan halangan-halangan di daratan.
– Mempercepatkan dan melicinkan pergerakan lalulintas di udara.
– Memberi maklumat berguna kepada juruterbang pesawat untuk kelancaran lalulintas udara.
– Memberi maklumat berguna kepada juruterbang pesawat demi keselamatan sesuatu penerbangan.
– Memberi maklumat dan bersedia memberi bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya terdapat kecemasan atau nahas kapal terbang.

Unit Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara adalah untuk menyediakan lima jenis perkhidmatan iaitu:

1) Perkhidmatan Kawalan Approach (APCs).
2) Perkhidmat Kawalan Aerodrome (ADCs).
3) Perkhidmatan Kawalan Area (ACs).
4) Perkhidmatan Maklumat Aeronautical (AIS).
5) Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS).

Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara disediakan untuk:

~ Semua pesawat IFR di ruang udara kelas A,B dan C.
~ Semua pesawat VFR di ruang udara kelas B dan C.
~ Semua pesawat utama VFR.
~ Semua trafik aerodrome yang berada di bawah kawalan aerodrome.

Waktu shift bekerja ATC:

4 shift in a rotation for 24H work.
Day 1 (1pm-7pm),
Day 2 (7am-1pm & 7pm-7am),
Day 3 Rest day,
Day 4 Off day.

Semua operasi Unit Kawalan Trafik Udara adalah termaktub dibawah kawalan undang-undang, peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan iaitu:

~ Manual Air Traffic Services (MATs).
~ Aerodrome Information Publication (AIP).
~ International Civil Aviation Organization (ICAO).
~ Air Navigation Order (ANO).
~ Civil Aviation Act 1969.
~ Regional Operation Instructions (ROIs).
~ Pekeliling-pekeling Perkhidmatan dan Perbendaharaan.

Soalan-soalan berkisar tentang industri penerbangan, contohnya:
~ Sejarah penubuhan MAS.
~ Industri pembuatan kapal terbang seperti Boeing dan Airbus.
~ Soalan perkembangan semasa politik, ekonomi dan sukan.

 

Format Soalan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara

Ramai yang tidak benar-benar bersedia untuk menjawab peperiksaan online SPA. Ada yang bersikap sambil lewa dan hanya melakukan persiapan ala kadar. Ini sangatlah merugikan.

Anda perlu sedar selain dari menjawab soalan, capaian internet yang stabil dan komputer yang berkeadaan baik adalah sangat kritikal ketika menjawab soalan peperiksaan online ini. Antara persediaan lain adalah:

– mendapatkan capaian internet yang stabil
– membuat persediaan dengan rujukan yang berkaitan
– peka dengan isu semasa
– faham dengan format soalan
1. Seksyen A – Pengetahuan Am
2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara – Seksyen A

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai

A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

Jawapan : B

Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara – Seksyen B

If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?

A. 4
B. 8
C. 48
D. 64

Jawapan : D

* Untuk bahagian B, ada pelbagai bentuk soalan yang menguji daya IQ anda untuk menyelesaikan masalah yang tidak ada ada kaitan langsung dengan Pegawai Kawalan Trafik Udara. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda
membiasakan diri dengan soalan-soalan berikut untuk berjaya dalam Peperiksaan Online ini.

Panduan & Rujukan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

  • Rujukan ini sedang diupdate oleh Tim Infokerjaya untuk exam online Pegawai Kawalan Trafik udara.
  • Tim Infokerjaya telah membantu lebih 78,000 calon sejak tahun 2009.
  • Nota Ringkas Ini Adalah Himpunan Tajuk-Tajuk Penting Berkaitan Tugas & Skop Jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara
  • 40++ nota ringkas untuk menjimatkan masa ulangkaji anda.
  • 40++ contoh soalan Seksyen A untuk bantu persediaan anda
  • 50++ contoh soalan Seksyen B untuk bantu persediaan anda
  • Ini bukan soalan RAMALAN, tetapi sekadar contoh soalan.
  • Latihtubi untuk membiasakan anda dengan soalan peperiksaan online.

Jika anda berminat dengan Rujukan Pantas ini. Sila email anda dan subscribe supaya kami dapat memberi info terkini dan preview copy 2017 untuk penilaian anda.

atau anda boleh juga Whatsapp kami atau Join Telegram Channel seperti dibawah:

 

 

Ramai yang sudah BERJAYA dibantu ! Kini giliran anda pula