Select Page

Jika anda mencari panduan exam online bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 2019, kini anda berada di laman yang tepat.
Pelbagai info berguna, termasuk dari segi kelayakan dan persediaan awal, akan dipaparkan dalam penulisan berikut ini.

Jom JOIN CHANNEL TELEGRAM untuk INFO TERKINI Peperiksaan Online Exam PTD

Teruskan pembacaan!

Kita akan fokus pada peperiksaan online PTD oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jawatan ini biasanya diiklankan. Jangan terlepas mengikutinya.

Apa yang anda perlu faham ialah ia jawatan utama dalam ranking perkhidmatan awam di negara ini. Justeru, pemilihan tentu sekali akan dibuat secara cermat dengan mengambil kira banyak aspek.

Namun, ini bukan bermakna anda perlu terlalu bimbang mengenai kemungkinan tidak mampu melepasi ujian berkenaan.

Apa yang penting ialah maklumat yang cukup dan persediaan yang memadai.

Berikut sebahagian yang perlu anda tahu. Info selebihnya akan diperincikan pada bahagian akhir.

Teruskan pembacaan!

Biasanya secara purata, calon yang mengambil peperiksaan online PTD mencecah hingga lebih 50,000 orang.

Ia angka yang agak besar, tetapi jangan panik kerana tidak mustahil anda akan muncul sebagai seorang daripada yang terpilih dan dipanggil menghadiri temuduga PTD

Yakin kepada tips ini. Tips ini mungkin nampak kecil, tetapi sangat membantu, iaitu: Jangan lemah. Redah! Allah ada!

Apa info yang patut anda tahu?

Antara yang anda patut tahu ialah tugas utama PTD tentu sekali berkait rapat dengan kerja merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar semua sektor awam.

Ini tentu juga membabitkan aspek pengurusan organisasi dan tenaga manusia, ekonomi dan kewangan, serta pentadbiran dan pembangunan.

Lebih daripada itu, tugas PTD turut membabitkan perancangan dan pembangunan ekonomi serta sosial di peringkat wilayah dan daerah.

Malah, PTD juga perlu terbabit dengan tugas hubungan antarabangsa, termasuk aspek pertahanan di peringkat serantau dan antara negara.

Di peringkat dalam negara pula, PTD juga perlu terbabit dengan hal ehwal keselamatan dan ketenteraman awam.

Kemahiran menyelesaikan masalah

Perlu diingat bahawa soalan online PTD, sebahagiannya atau beberapa seksyen tertentu, lebih bertujuan menguji kefahaman, pengetahuan, kebolehan dan kemahiran calon dalam menyelesaikan masalah.

Kemampuan ini adalah antara asas penting yang perlu dikuasai semua PTD kerana mereka, dari semasa ke semasa, akan sentiasa perlu berdepan dengan pelbagai isu sosial dan negara.

Ketidakupayaan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah akan memungkinkan kegagalan calon peperiksaan online PTD untuk dipanggil menghadiri temuduga.

Malah, boleh dikatakan sebahagian soalan peperiksaan online sengaja direka sebagai satu cara mudah menyingkirkan calon yang tidak serius untuk memegang jawatan itu. Ini seolah-olah, menerusi jawapan yang diberikan calon, SPA dapat mengesan calon yang tidak betul-betul berminat.

Aspek teknikal

Malah, keupayaan menyelesaikan masalah sudah perlu ditempuhi seawal menjawab peperiksaan online PTD.

Apa tidaknya; calon mungkin perlu berhempas pulas berdepan dengan beberapa masalah setting komputer atau laptop serta pelayan (browser). Malah, calon perlu “bertarung” dengan masalah capaian dan darjah kelajuan Internet. Semua ini sangat mencabar.

Di tengah pertimbangan dan fokus kepada hal-hal berkenaan, calon peperiksaan online PTD perlu tumpu 100 peratus kepada memilih jawapan betul lagi tepat.

Dengan masa yang hanya “cukup-cukup”, calon sudah tidak mempunyai banyak pilihan. Komputer atau laptop dan Internet pula boleh meragam bila-bila sahaja. Semua mungkin.

Persediaan lebih spesifik

Mari kita masuk ke tahap lebih dalam dan spesifik.

Sebetulnya apa persediaan yang perlu anda buat lebih awal sebelum tarikh peperiksaan online berkenaan?

Berikut ialah antara beberapa perkara perlu anda ambil berat dan  beri ingatan.

1.  Tarikh dan waktu

Jangan ambil mudah mengenai tarikh dan waktu peperiksaan online PTD.

Gunalah apa cara sekali pun untuk mencatat tarikh berkenaan, termasuk merekodkan dalam kalendar di telefon bimbit dan meminta orang terdekat turut mengambil ingatan mengenai tarikh itu.

Jika terlepas tarikh dan waktu peperiksaan berkenaan, bermakna anda terlepas peluang menjadi PTD.

2. Nombor giliran

Ini juga sangat penting. Pastikan angka giliran betul.

Semak juga maklumat lain mengenai diri anda. Pastikan semuanya betul.

Semua semakan boleh dibuat di laman web SPA.

3. Komputer dan talian Internet

Pastikan komputer dan talian  Internet berada pada situasi baik serta mampu memikul beban kerja selama calon menjawab soalan pertama hingga akhir.

Jika ada pilihan, calon mesti elakkan menggunakan sambungan wifi kerana sambungan jenis ini terdedah kepada masalah tidak stabil serta mudah putus.

Pastikan pada tarikh dan masa berkenaan, tiada sesiapa menggunakan komputer dan talian Internet yang akan anda gunakan untuk menjawab soalan peperiksaan online PTD. Ini sangat penting bagi mengelak sebarang gangguan.

Perkara penting lain

Ada lagi beberapa perkara penting lain yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan.

Ini termasuklah membuat rujukan dan bacaan secara khusus berkaitan subjek ini, iaitu perjawatan PTD dan yang berkenaan dengannya seperti dasar-dasar awam, isu semasa dan aspek kenegaraan serta sejarah.

Pastikan anda memang sudah betul-betul bersedia dengan segala  ilmu dan pengetahuan berkaitan ketika menjawab soalan. Bukan masanya lagi untuk anda membuat rujukan “itu dan ini” ketika sesi peperiksaan online berkenaan. Ia akan mengganggu kelancaran dan mencuri masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan.

Jika anda sudah membuat semua persediaan yang perlu, termasuk dari segi mental, peperiksaan online PTD sepatutnya tidak menjadi sesuatu yang mencemaskan.

Malah, tidak mustahil anda kemudiannya dipilih menghadiri temuduga PTD.

Nak PREVIEW COPY?

Klik button di bawah untuk kami hantarkan naskhah PREVIEW COPY ini percuma kepada anda. Dapatkan ‘feel’ dulu sebelum anda buat pilihan memiliki versi penuh rujukan peperiksaan online jawatan “PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK”

Share This