Untuk makluman anda, pengambilan calon untuk Latihan Separa Perubatan dijalankan sebanyak 2 kali sepanjang tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai.

Calon-calon  yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk menjalani peperiksaan online dan temuduga bagi pemilihan calon yang benar-benar berkelayakan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan. Calon yang layak akan dipanggil melapor diri dan menjalani latihan di kolej kejururawatan di seluruh Malaysia.

Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani sesi ujian sebelum diserap sebagai penjawat awam dibawah
Kementerian Kesihatan Malaysia dan bakal berkhidmat di hospital kerajaan atau klinik-klinik kerajaan.

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Kementerian Kesihatan juga ada menawarkan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada pelatih.

Setelah berkhidmat selama 5 tahun dengan kerajaan pelatih boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan.

Kementerian Kesiahtan Malaysia menawarkan Latihan Separa Perubatan untuk sesi Julai 2020 untuk lepasan SPM.

SPM/SPM (V) (KUMPULAN PELAKSANA)

Jawatan : Latihan Separa Perubatan (Sesi Julai Tahun 2020)

Kekosongan Latihan Bertaraf Sijil :

Pembantu Kesihatan Awam : 40
Pembantu Pembedahan Pergigian : 100

Kekosongan Latihan Bertaraf Diploma:

Jururawat (Perempuan) : 200
Jururawat (PSL) : 750
Penolong Pegawai Kesihatan : 60
Persekitaran
Penolong Pegawai Perubatan : 200
Juruteknologi Makmal Perubatan : 70
Penolong Pegawai Farmasi : 60
Jurupulih Anggota (Fisioterapi) : 25
Jurupulih Cara kerja : 35
Juru X-Ray (Radiografi) : 50
Juruterapi Pergigian : 60
Juruteknologi Pergigian : 45

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui : http://www.spa.gov.my/…/deskripsi-…/latihan-separa-perubatan

Tarikh tutup permohonan : 05 Januari 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Sekian, terima kasih.

Latihan Separa Perubatan

  • PENGUMUMAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN
    Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

    • Syarat Kelayakan:
      Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

    Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

BIL.NAMA JAWATANMAKLUMAT JAWATAN
1.Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Lihat Maklumat Jawatan
2.Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Lihat Maklumat Jawatan
3.Latihan Jururawat
Lihat Maklumat Jawatan
4.Latihan Juruterapi Pergigian
Lihat Maklumat Jawatan
5.Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Lihat Maklumat Jawatan
6.Latihan Juruteknologi Pergigian
Lihat Maklumat Jawatan
7.Latihan Juru X-Ray
Lihat Maklumat Jawatan
8.Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Lihat Maklumat Jawatan
9.Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Lihat Maklumat Jawatan
10.Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Lihat Maklumat Jawatan

 

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

    • Syarat Kelayakan:
      Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

    Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

BIL.NAMA JAWATANMAKLUMAT JAWATAN
1.Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Lihat Maklumat Jawatan
2.Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Lihat Maklumat Jawatan