- Jantina: Lelaki dan Perempuan
- Tempoh Latihan:
- 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
- 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
- Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
- Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
- Tempat Latihan:
- Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
- Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
- Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
- Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
- Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
- Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
- Kolej Kejururawatan Melaka
- Kolej Kejururawatan Muar, Johor
- Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
- Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
- Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
- Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
- Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
- Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
- Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
- Syarat Latihan:
- Warganegara Malaysia
- Umur:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Kelayakan:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Keutamaan:
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
- Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.