Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Labis 85300 Labis, Johor Darul Ta’zim seperti berikut :

 

BILJAWATANGREDSTATUS
1.PENOLONG PEGAWAI TADBIRN29TETAP
2.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESAJA29TETAP
3.PEMBANTU TADBIRN19TETAP


TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 29 FEBRUARI 2020

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh  didapati di Pejabat Majlis Daerah Labis dengan harga RM1.00 satu set atau dimuaturun di pautan di bawah. Iklan lanjutan jawatan kosong juga boleh dimuat turun di bawah.

PDF iconiklan_jawatan_kosong.pdf

PDF iconborang_jawatan_kosong.pdf

 

CARA PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Pejabat Majlis Daerah Labis atau dengan memuat turun borang di Laman Web www.mdlabis.gov.my atau Facebook rasmi kami iaitu Majlis Daerah Labis-Rasmi atau boleh didapati di Kaunter Pertanyaan Majlis Daerah Labis.

(b) Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

(c) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumendokumen seperti berikut:

(i) Kad pengenalan diri yang telah disahkan;
(ii) Sijil kelahiran yang telah disahkan;
(iii) Sijil Berherhenti Sekolah dan sijil persekolahan yang telah disahkan;
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran ‘passport’
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada) yang telah disahkan.

(d) Permohonan daripada jawatan Gred 29 hingga Gred 41 ke atas hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ dalam bentuk softcopy sebagaimana berikut:-

(i) Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
(ii) Menggunakan suara sebenar pemohon.
(iii) Ringkasan latar belakang keluarga pemohon.
(iv) Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon.
(v) Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
(vi) Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
(vii) Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon.
(viii) Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
(ix) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’.
(x) Ringkasan kelebihan/ kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
(xi) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
(xii ) Ringkasan kelemahan/ kekurangan pemohon.

(e) Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat [email protected]

(f) Bagi kelayakan Ijazah/ Diploma/ Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume permohonan.

(g) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

(h) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.

(i) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

(j) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(k) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(l) Pihak Pentadbiran Majlis Daerah Labis tiadak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN ( KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG.