Jawatan Pembantu Laut Gred A19

  • admin 

Pihak SPA akan menjalankan Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Semenanjung Malaysia Pembantu Laut A19 pada 13 November 2019.

Kekosongan adalah 7 seluruh Malaysia yang diiklankan  pada Mac 2019. Ini adalah peluang untuk anda menjawat jawatan di dalam kerajaan jika mengambil tindakan pantas dengan mendaftar dengan SPA8 untuk jawatan Pembantu Laut A19 ini.

Untuk menghadiri temuduga, terlebih dahulu anda perlu lulus Peperiksaan Online ini untuk layak dipanggil.

Peperiksaan Online PSEE Pembantu Laut A19 ini penting untuk anda layak dipanggil ke temuduga kerajaan.

SPA perlu menapis calon-calon yang layak sebelum dipanggil untuk temuduga. Oleh itu Peperiksaan Online ini adalah salah satu cara untuk menapis calon sebelum peringkat seterusnya.

Langkah pertama adalah lakukan semakan di http://e-semakan.spa.gov.my . Untuk memastikan anda adalah salah seorang calon peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini.

  1. Membiasakan diri dengan format dan soalan-soalan peperiksaan online SPA.
  2. Melakukan ulangkaji dan rujukan untuk subjek yang akan ditanya di dalam peperiksaan online pembantu Laut A19


Format Peperiksaan Online Pembantu Laut A19

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (Format Baru SPA)

 

Untuk makluman, Rujukan untuk Exam Online Pembantu Laut A19 telah dibuka.

Apa yang ada dalam Rujukan ini?

🔥️ Nota ringkas
Nota ringkas terutama seksyen penyelesaian masalah. Ramai calon dah lupa Matematik SPM kan?

🔥️ Contoh Soalan
Contoh soalan untuk semua seksyen bagi memudahkan anda faham skop penilaian

🔥️ Jawapan & Huraian
Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan.

👨‍💼️ Dapatkan segera disini sebelum jualan ditutup.

👉️ https://klikjom.com/lautA19

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan 

https://ptn19.wasap.my/

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM4,034.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau
        • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau
        • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau
        • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau
        • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24); atau
        • Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Aspek Kewangan dan Personel

    • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
    • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
    • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
    • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
    • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

    Aspek Industri (Perkapalan)

    • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
    • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
    • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
    • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

    Aspek Keselamatan Pelayaran

    • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
    • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
    • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
    • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

    Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

    • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
    • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
    • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
    • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
    • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

    Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

    • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
    • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
    • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
    • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.