Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan | OKT 2019

  • admin 

Universiti Teknologi MARA denganini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah/ Kampus Seremban/Kampus Rembau:

A. Jawatan Akademik

  1. Profesor VK7
  2. Profesor Madya DM53
  3. Pensyarah Kanan DM51
  4. Pensyarah DM45

B. Jawatan Pentadbiran

  1. Penolong Jurutera (Bidang Mekanikal) JA29
  2. Pembantu Penerbitan N19
  3. Pembantu Keselamatan KP19
  4. Penolong Pengurus Asrama N29
  5. Jururawat U29
  6. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  7. Pembantu Operasi N11

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM
Cawangan Negeri Sembilan di https://nsembilan.uitm.edu.my/v2/index.php
c. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
iii. Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
iv. Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira
pengalaman kerja/ penetapan gaji
v. Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon

d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
e. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang
dikemaskini.
f. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
adalah dianggap tidak berjaya.
g. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan.

h. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat
permohonan.

i. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa
kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
j. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas
Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah
(Ph.D) atau setara)
ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
iii. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi
borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki
kelayakan Sarjana).

Iklan dikeluarkan pada 9 Oktober 2019 (Rabu).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2019 (Jumaat ) sebelum Jam 5.00 petang

Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-4823 2100 / 483 2210


Tips Penting ketika temuduga
Rahsia Lengkap Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
[+] https://klikjom.com/RLTK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.