Select Page

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Pahang ( keutamaan kepada warga daerah Bera ) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :-

  1. Pegawai Tadbir gred N41 (2 jawatan)
  2. Penolong Pegawai Tadbir gred N29 (1 jawatan)
  3. Pemandu Kenderaan gred H11 (1 jawatan)

Tarikh tutup permohonan pada 11 Februari 2019.

CARA PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan MD. BERA 1 Pindaan 3/2017dengan harga RM1.00 setiap borang yang boleh didapati dengan cara datang sendiri atau juga boleh diperolehi secara percuma melalui Laman Web Majlis iaitu www.mdbera.gov.my.  Sila kemukakan permohonan kepada :-


YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BERA
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
( u/p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia )


ii) Permohonan daripada pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A 21’. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Kenyataan perkhidmatan yang kemaskini dan LaporanPenilaian Prestasi Tahunan 2018( termasuk kakitangan kontrak ).

iii) Permohonan berikut akan ditolak jika:

  • Tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan mykad, gambar dan tidak menyertakan salinan sijil-sijil yang disahkan;
  • Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ; dan
  • Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagipegawai yang sedang berkhidmat ( termasuk kakitangan kontrak ).

TARIKH TUTUP IKLAN

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar sebelum atau pada 11 Februari 2019( Isnin ) ke

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Aras 1, Pejabat Majlis Daerah Bera.

CATATAN


i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMOHON

“ Tawaran pelantikan tuan / puan ini tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa ”

Sila muat turun iklan jawatan kosong dan borang permohonan.

Nota & Contoh Soalan PTD 2019


Anda calon PTD 2019 ? Jom daftar percuma Nama dan Email anda.

Pihak kami akan memaklumkan kepada anda tentang Jualan Panduan Peperiksaan PTD 2019.

Terima kasih kerana mendaftar. Sila sahkan email anda dengan klik link yang kami hantar sebentar lagi

Share This