Select Page

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk besama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Universiti No. 1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidangyang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-

jawatan kosong upsi 2019

Klik di sini (.pdf) untuk mendapatkan syarat lantikan.

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI
    (myjobs.upsi.edu.my).
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Setelah permohonan lengkap diisi,

4.1  sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

4.2  sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan  sebagainya
yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan ke atas);

4.3  dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;

4.4  pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara)
perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua
Pusat Tanggungjawab (PTj).

5.  Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian
Berita/Maklumat Terkini di myjob.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak
UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status
permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di
ruangan tersebut.

6. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini
akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon.
Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang
dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

7. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

8. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan
dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

9. Sila hantarkan permohonan ke:

      Unit Perjawatan
      Bahagian Sumber Manusia
      Universiti Pendidikan Sultan Idris
      35900 Tanjung Malim, Perak

Share This