Select Page

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SEMENTARA / TETAP seperti berikut :-

JAWATAN PENTADBIRAN
JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA
BIL NAMA JAWATAN GRED PERINCIAN
1. Pembantu Setiausaha Pejabat N19 KLIK SINI
2. Pembantu Pembedahan Pergigian U19 KLIK SINI
3. Pembantu Awam H11 KLIK SINI
4. Pemandu Kenderaan H11 KLIK SINI
5. Pengawal Keselamatan KP11 KLIK SINI
6. Pembantu Operasi N11 KLIK SINI

 

  1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

 

  1. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

 

  1. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

  1. CARA MEMOHON

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya di UTHM ONLINE. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].

 

  1. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada
11 MAC 2019 (ISNIN) SEBELUM JAM 3.00 PETANG

 

  1. KETERANGAN AM

(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulandari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

Share This