Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon –calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang -bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka.

1. PENOLONG PEGAWAI FARMASI
Jadual Gaji : RM 1,797.00- RM 5,753.00


2. SYARAT –SYARAT KELAYAKAN

PENOLONG PEGAWAI FARMASI (GRED U29)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : RM 1,797.00)

2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang –kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. CARA –CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.Pemohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
b.Borang dan syarat –syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Melaka di https://melaka.uitm.edu.my/v2/

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan –Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e. Pemohon –pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Februari 2019 (Khamis)

Muatturun Borang Permohonan
Iklan Kerja Kosong

DAH APPLY KERJA TAPI TIADA RESPONS?

Pasti ada yang tak kena ni.

Anda dah update resume kepada format baru?

Tahukah anda peluang anda untuk ditemuduga sangat cerah sekiranya menggunakan template resume infografik terkini?

Jadi update segera resume anda sekarang! 👇

RM10 sahaja untuk 1 Template