Universiti Teknologi Malaysia memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

BILJAWATANGREDLOKASITARAF JAWATAN
1JURUTEKNIK KOMPUTERFT19JOHOR BAHRUTETAP
2PENGAWAL KESELAMATANKP11JOHOR BAHRUTETAP
3PEMBANTU KESELAMATANKP19JOHOR BAHRUTETAP
4PEMBANTU OPERASIN11JOHOR BAHRUTETAP
5PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)NA19JOHOR BAHRUTETAP
6PEMBANTU PENERBITANNA19JOHOR BAHRUTETAP
7PEMBANTU BELIA DAN SUKANSA19JOHOR BAHRUTETAP

IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

  1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (REGISTER ONLINE) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.
  1. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
  1. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  1. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan 2 minggu sebelum temuduga. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)
  1. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  1. Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas, sila memohon secara manual.
  1. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Jabatan Pendaftar (Seksyen Perjawatan), Bahagian Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru.

 

SYARAT TAMBAHAN :

1)         Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
2)         TIDAK MEROKOK.

Tarikh Tutup : 3 FEB 2020