Select Page

Universiti Malaysia Sarawak mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pelaksanaseperti berikut:

  1. JAWATAN               : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
                                          (1 kekosongan)
  2. GRED                      : N19
  3. TARAF JAWATAN : Kontrak
  4. Gaji                        : RM 1,352.00 – RM 4,003.00

PENEMPATAN : Pusat Pembelajaran Bersepadu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak Sibu, Sarawak

(Keutamaan akan diberikan kepada calon yang berasal dari Sibu/bermastautin di Sibu)

Prosedur Permohonan :

  • Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara atas talian (eRecruitUNIMAS) yangboleh dicapai melalui https://ehcm.unimas.my/eRecruitUNIMAS
    Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Tempoh Permohonan : 1 Februari 2019 hingga 10 Februari 2019
  • Makluman Ujian Tapisan dan/atau Temuduga : Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Nota: Pemohon Tidak Perlu Menghantar Dokumen Sehingga Dipanggil Untuk Menghadiri Ujian Tapisan/Temuduga (Disenarai Pendek) TETAPI perlu memuatnaik semua sijil-sijil berkaitan mengikut keperluan eRecruitUNIMAS.

 

Prosedur Penghantaran Dokumen Bagi Permohonan Yang Telah Disenarai Pendek

Calon yang telah disenarai pendek dikehendaki menghantar (satu(1) salinan)borang permohonan (eRecruitUNIMAS) yang dicetak dan gambar berukuran pasport beserta (satu(1) set) salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

(a) Kad Pengenalan
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip (PMR/SRP/setaraf, SPM/setaraf, STPM/Setaraf, Diploma, Ijazah Sarjana Muda)
(d) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan
(e)Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa-kuasa tempatan hendaklah memajukan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan NilaianPrestasi Tahunan (LNPT) terkini dan Kenyataan Perkhidmatanyang lengkap.

Dokumen permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah dengan kadar SEGERA atau semasa menghadiri ujian tapisan (jika ada).

Pendaftar Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan & Pembangunan Organisasi)

Tel : 082-581000 Fax : 082-581095

Permohonan akan DITOLAK dan senarai pendek calon boleh DIBATALKAN sekiranya pemohon gagal mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di atas, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan lewat diterima dan gambar tidak seperti yang ditetapkan (gambar scan tidak dibenarkan).

Pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Rujukan Iklan Kerja Kosong

Share This