Select Page

Universiti Malaysia Sarawak mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut:

JAWATAN KOSONG
BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN SKIM PERKHIDMATAN STATUS JAWATAN
1  Pegawai Tadbir N41 3 Pengurusan dan Profesional Tetap

IKLAN JAWATAN KOSONG

Syarat-syarat Permohonan:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.DAN

(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui https://ehcm.unimas.my/eRecruitUNIMAS

Tempoh Permohonan : 11 Mac 2019 hingga 17 Mac 2019

Share This