Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.
Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent),
bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu
yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :
BIL | JAWATAN | GRED | KEKOSONGAN | TARAF JAWATAN |
1 | Pegawai Perubatan | UD47 | 1 | Kontrak |
2 | Jurutera/Juruukur Bahan/ Arkitek Landskap | J41 | 4 | Kontrak |
3 | Pegawai Tadbir | N41 | 1 | Kontrak |
4 | Pegawai Tadbir (Undang-Undang) | N41 | 1 | Kontrak |
5 | Pustakawan | S41 | 1 | Kontrak |
6 | Penolong Pustakawan | S29 | 1 | Kontrak |
7 | Penolong Jurutera | JA29 | 2 | Kontrak |
8 | Penolong Pegawai Perubatan | U29 | 1 | Kontrak |
9 | Penolong Pegawai Farmasi | U29 | 1 | Kontrak |
10 | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | FA29 | 1 | Kontrak |
11 | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) | N19 | 2 | Kontrak |
12 | Pembantu Pustakawan | S19 | 6 | Kontrak/Tetap |
13 | Pemandu Kenderaan | H11 | 3 | Kontrak/Tetap |
14 | Pembantu Awam | H11 | 5 | Kontrak |
15 | Pengawal Keselamatan | KP11 | 4 | Kontrak |
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/. (Pemohon tidak perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan).
KETERANGAN AM ·
Pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan. · Tempoh sah laku permohonan adalah selama 6 bulan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 FEB 2020