Select Page

SPA Pahang mencari individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:
(i) Mempunyai keterampilan yang baik,
(ii) Mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bekerja,
(iii) Mempunyai bakat kepimpinan,
(iv) Mempunyai jati diri cemerlang dan
(v) Mempunyai kelayakan yang sesuai dengan jawatan

Jawatan Kosong adalah seperti berikut ;
1. Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Gred S41 – 1 Kekosongan
2. Pegawai Syariah Gred LS41 – 2 Kekosongan
3. Penolong Jurutera Gred JA29 – 7 Kekosongan
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29 – 1 Kekosongan
5. Penghulu Gred NP29 – 6 Kekosongan
6. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 – 3 Kekosongan
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 – 5 Kekosongan
.
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2019

Cara Memohon

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK Pahang.

Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.

Caon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

MOHON SECARA ONLINE di PORTAL SPA PAHANG https://espa.pahang.gov.my

Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://spa.pahang.gov.my/index.php/ms

Share This