Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : –
Jawatan 1 : Pembantu Pegawai Zakat (Lelaki) (3 kekosongan)
Jawatan 2 : Pembantu Tadbir (Lelaki) (1 kekosongan)
Gaji Minima Jawatan 1&2 : RM1,352.00
Kelayakan : SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-
i) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
iii) Lulus Matematik atau Akaun
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.
Bagi semua jawatan
Taraf perkhidmatan : Tetap
Umur : Antara 18 tahun hingga 30 tahun
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my
berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran passport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-
Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP,
Jalan Mahkota
25000 Kuantan, Pahang
Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 20 Februari 2019
Catatan Am
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ;
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Anda dah update resume kepada format baru?
Tahukah anda peluang anda untuk ditemuduga sangat cerah sekiranya menggunakan template resume infografik terkini?
Jadi update segera resume anda sekarang!
Khas untuk anda, kami tawarkan semua template resume kami pada 1 harga.
RM20 untuk 8 Template / Design berbeza !!