Select Page

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (CONTRACT OF SERVICE)

Klasifikasi Perkhidmatan :Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan :Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
Penempatan / Pusat Temuduga : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor
Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) :RM1,352.00 – RM4,003

 

SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Berkelulusan :
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); DAN
(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 12 Februari 2019 (Selasa) di pautan : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/jawatan_kosong_ptptn.cfm.

 

MAKLUMAT UMUM

(a) IMBUHAN / ELAUN
Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Perumahan akan dibayar kepada calon yang ditawarkan jawatan yang dipohon.

JENIS ELAUN KADAR

Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan* RM300.00
Bantuan Sara Hidup* RM300.00

* Jumlah/Jenis Elaun yang dinyatakan berbeza mengikut penempatan/negeri

(b) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(c) MAKLUMAN CALON BERJAYA DALAM TEMUDUGA

Calon yang berjaya dalam sesi temuduga akan dihubungi melalui telefon bagi makluman tarikh lapor diri.

(d) CATATAN AM

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

 

Sumber IKLAN

Share This