Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan Jawatan di PTPK seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN:

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh Kerajaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh Kerajaan; atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PERMOHONAN:

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ini dikeluarkan.

PEMATUHAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa

CARA MEMOHON:

  1. Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang permohonan secara manual yang boleh didapati di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia (PSM), PTPK atau melalui laman web rasmi PTPK di www.ptpk.gov.my beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitea) mengenai kelayakan dan pengalaman
  2. Salinan dokumen/ sijil yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau yang setaraf.
  3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya 04 September 2020 (Jumaat) ke alamat:

    Ketua Eksekutif
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
    Kementerian Sumber Manusia
    Aras 11, 12C, 15-19 & 27,
    Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
    No. 45 Jalan Tun Ismail 50530 Kuala Lumpur
    (u.p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

    Nama jawatan yang dipohon dan penempatan hendaklah dicatatkan di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

  4. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya.
  5. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:
    Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai seperti berikut:
    1. Encik Mohd Khalil Bin Abdul Rahman 03-4047 6102 [email protected]
    2. Encik Amir Bin Abdul Hamid 03-4047 6096 [email protected]

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

IKLAN PENUH