Select Page

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti berikut:-

  1. Arkitek Landskap J41 – Tetap
  2. Pembantu Tadbir (P/O) N19 – Tetap

 

Syarat-Syarat Permohonan

a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my

b) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, sijil kegiatan luar, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaansemua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah dari salinan asal;

d) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkapdiisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 04 Mac 2019(Isnin) ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
JALAN DEWAN
PETI SURAT 81245
87022 W.P. LABUAN
(U/P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

e) Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Labuan dengan menghubungi talian 087 -581809, 581813.

f) Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (c) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak;

g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahajaakan dipanggil untuk temu duga;

h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

i) Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan

Muat Turun iklan dan Syarat Lantikan : ARKITEK| PEMBANTU TADBIR
Muat Turun Borang Permohonan

DAH APPLY KERJA TAPI TIADA RESPONS?

Pasti ada yang tak kena ni.

Anda dah update resume kepada format baru?

Tahukah anda peluang anda untuk ditemuduga sangat cerah sekiranya menggunakan template resume infografik terkini?

Jadi update segera resume anda sekarang!

RM10 sahaja untuk 1 Template 👇

SAYA BERMINAT

 

Share This