Select Page

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
GRED N19 (CONTRACT OF SERVICE)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
Penempatan / Pusat Temuduga : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor

Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) : RM1,352.00 – RM4,003.00

SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Berkelulusan :
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 12 Februari 2019 (Selasa) di pautan : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/jawatan_kosong_ptptn.cfm.

Share This