Select Page

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 |  3 kekosongan
JABATAN PERDANA MENTERI
Putrajaya – Wilayah Persekutuan Putrajaya

Deskripsi Jawatan

Setiausaha (Am) menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau kelengkapan pemprosesan data yang lain untuk menyalin surat-menyurat dan dokumen lain, menyemak dan memformat dokumen yang disediakan oleh kakitangan lain, menguruskan mel masuk dan keluar, menapis permintaan mesyuarat atau janji temu, dan melaksanakan pelbagai tugas sokongan pentadbiran

Tanggungjawab

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.

Kelayakan Akademik

– DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN E-KESETIAUSAHAAN

Kemahiran
Microsoft Office, Microsoft Excel

CARA MEMOHON

i) Sila lakukan permohonan secara online di JobsMalaysia. Daftarkan diri anda dan sila isi segala maklumat yang diperlukan sebelum memohon jawatan tersebut.

ii) Apabila telah selesai mendaftar sila mohon jawatan kosong tersebut di sini Pembantu Setiausaha Pejabat

Tarikh Tutup: 20 Ogos 2019

Share This