JAWATAN KOSONG PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan khususnya Rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi
kekosongan jawatan .

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan seperti di bawah:

  1. Pengurus N41 Kontrak (1 kekosongan)
  2. Penolong Pengurus N29 Kontrak (1 kekosongan)
  3. Pembantu Tadbir N19 Kontrak (2 kekosongan)
  4. Pembantu Operasi N11 Kontrak (1 kekosongan)

Cara-cara Memohon :

a) Permohonan hendaklah dibuat melalui cetakan borang Permohonan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia (SPA 1-Pin.7/91) yang boleh didapati dengan melayari laman Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan (http://www.ns.gov.my)

b) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Kad pengenalan, sijil kelahiran ,sijil akademik dan sijil pengajian tinggi, sijil berhenti sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana-mana kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
TINGKAT 5 BLOK A, WISMA NEGERI
JALAN DATO MALEK
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
(U.P : UNIT PERKHIDMATAN)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Januari 2019 sebelum jam 4.00 petang.

Rujukan Iklan

3 thoughts on “JAWATAN KOSONG PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.