Select Page

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut:-

1.SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PENYELIDIK (PENULIS UCAPAN)

Klasifikasi Perkhidmatan: PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Kumpulan Perkhidmatan: PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Gred : Q41

Taraf Jawatan: KONTRAK
Jadual Gaji: RM 2,315.00 -RM 9,618.00
Kekosongan : 1 KEKOSONGAN

SYARAT LANTIKAN:-

  1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
    berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan

(c) (i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains
sosial yangdiiktiraf oleh kerajaan daripada institusi –institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya ;
[ Gaji Permulaan ialah pada Gred Q41 : RM 2,315.00] ; atau

(ii)Ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44]

(d) Keutamaan diberikan kepada :-

(i) Calon yang mempunyai minat mendalam
dalam pengucapan awam
(ii) Mempunyai pengetahuan luas dalam bidang politik dan
pentadbiran negeri
(iii) Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

4. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan
oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi
perkhidmatan.

5. Penaklukan Di Bawah : Syarat – Syarat Skim Perkhidmatan

6. Deskripsi Tugas :-

(i) Membuat kajian (bersama seksyen penyelidikan) dalam
penghasilan kenyataan atau pengucapan awam sebelum
dikeluarkan kepada umum.

(ii) Menyediakan teks ucapan, temu bual, siaran media,
kenyataan akhbar rasmi dan tidak rasmi.

(iii) Memantau dan mengambil maklum isu-isu berbangkit
melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

(iv) Mengambil petikan daripada ucapan untuk dihebahkan
dalam media sosial dan juga media rasmi kerajaan negeri.

(v) Bertanggungjawab dan melapor kepada Ketua Pegawai
Penyelidik / Setiausaha Akhbar (SUA).Pegawai –pegawai yang memasuki
skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat –syarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan –pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa

2. CARA MEMBUAT PERMOHONAN:-

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01
yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang
sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman
web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my/

(b) Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan
dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen seperti berikut : –

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah
oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B
/Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan
Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan
hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang
mengesahkan.

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua
Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab
A Bil. 21 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan
yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) yang terkini.

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar
ke alamat :-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU.

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sebelum atau pada 31 JANUARI 2019

Rujukan Iklan (Klik Sini)

CATATAN AM:

i.Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.
ii.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
iii.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA
iv.Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.



ii.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temudugaiii.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYAiv.Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Nota & Contoh Soalan PTD 2019


Anda calon PTD 2019 ? Jom daftar percuma Nama dan Email anda.

Pihak kami akan memaklumkan kepada anda tentang Jualan Panduan Peperiksaan PTD 2019.

Terima kasih kerana mendaftar. Sila sahkan email anda dengan klik link yang kami hantar sebentar lagi

Share This