KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Jika anda ingin membuat persediaan menghadapi Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa KP41, boleh klik di SINI

KDN dengan kerjasama SPA ingin  mencari individu yang berkelayakan  untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

[+] Berketerampilan
[+] Boleh bekerjasama secara berpasukan
[+] Bakat kempimpinan
[+] Jati diri yang tinggi
[+] Bersikap profesional

IJAZAH (PENGURUSAN & PROFESIONAL)

Jawatan : PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

Kekosongan : 9
Simpanan : 15

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui : http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah/1108

Tarikh tutup permohonan : 11 Disember 2019 (Rabu) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

“Sila gunakan pelayar (browser) Google Chrome atau Internet Explorer 10 ke atas sahaja untuk membuat Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)”.

PENGUMUMAN
line

PENGUMUMAN PENTING E-MEL CALON :

  Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan di Borang SPA8i dimohon untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon. Sekiranya calon tidak menerima e-mel urusan dari pihak SPA, calon adalah dikehendaki menyemak folder SPAM/Junk Email dan memastikan mailbox e-mel tidak penuh.

PENGUMUMAN PENTING PENDAFTARAN SPA8i:

  Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

(a) Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun;
(b) Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM;
(c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

  Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

DAFTAR AKAUN BAHARU/LUPA KATA LALUAN :

  Mulai 1 Julai 2016, SPA telah membuat penambahbaikan bagi Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata laluan melalui integrasi dengan JPN . Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi nombor kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Boleh wasap saya untuk dapatkan contoh-contoh soalan dan preview copy

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/ 

Rujukan Penuh KP41

Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaa ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).
(d) Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,390.37);atau
(ii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,693.84).
dan
(e) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.