Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor :

BILJAWATANGREDKELAYAKANSTATUS JAWATAN
1KuratorS41Ijazah Sarjana MudaKONTRAK
2Penolong Pegawai TadbirN29Diploma/STPMKONTRAK
3Pembantu Tadbir Perkeranian/OperasiN19SPMKONTRAK
4Pembantu OperasiN11PMRKONTRAK

 

 

 

IKLAN PENUH  

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

i). Permohonan hendaklah menggunakan yang boleh didapati di alamat berikut :

Pengarah,
Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor
80500 Johor Bharu, Johor
(U.P : Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)

Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22 sm beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem Rm0.80

ii) Semua permohonan hendaklah disertakan :-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu
e) Gambar Warna Berukuran Passport
f) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada dan disahkan benar serta di alamatkan seperti di atas (i)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 Dec 2019

iii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan penamatan Perkhidmatan).

iv) Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

 

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK

i) Borang permohonan bukan dari Muzium Diraja Abu Bakar
ii )Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
iii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
iv) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
vi) Tidak diakui salinan sah