Select Page

Sukacita dimaklumkan bahawa MATRADE, mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

1. Penolong Akauntan Gred W29 | 1 kekosongan
Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan

2. Penolong Jurutera Gred JA29 | 1 kekosongan
Bertanggungjawab membantu Jurutera merancang dan menyelaras urusan berkaitan pengurusan fasiliti, pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam dan projek-projek khas.

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 | 1 kekosongan
Melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan.

4. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 | 2 kekosongan
Pegawai perlu menjalankan penyelidikan, memantau data, menganalisis informasi dan menyediakan laporan, serta menyelesaikan masalah ekonomi dan dalam perniagaan. Menganalisis keadaan dan trend ekonomi semasa.

5. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41| 2 kekosongan
Merancang Strategi, Pengurusan, Perancangan (Restructuring) dan Pemantauan Organisasi dari aspek Struktur Organisasi, Skim Perkhidmatan & Perjawatan, Pengauditan ISO, Pengurusan perkhidmatan dan perjawatan pegawai dan kakitangan MATRADE.

6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29 | 4 kekosongan
Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan aktiviti dan program pembangunan eksport, melaksanakan urusan pentadbiran dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan.

Lokasi : Kuala Lumpur

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dilakukan secara online di JobsMalaysia sebelum 15 Feb 2019.

Klik SINI untuk MOHON ONLINE

Share This