Select Page

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan iaitu:-

  1.  AKAUNTAN WA41 KONTRAK/TETAP –  (1 Kekosongan)
  2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA  J41 KONTRAK/TETAP-  (1 Kekosongan)
  3. PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 KONTRAK / TETAP-  (1 Kekosongan)
  4. PEMBANTU AWAM H11 KONTRAK / TETAP – (7 Kekosongan)

 

Cara Permohonan

Maklumat lengkap berserta syarat kelayakan boleh didapati di portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (www.mpti.gov.my).

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan Borang permohonan berserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil berkaitan dengan jawatan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Resume dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jalan Speedy
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 

Tarikh tutup permohonan: 14 FEBRUARI 2019

Permohonan akan DITOLAK sekiranya:

i. Tidak lengkap atau tidak jelas.
ii. Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

 CATATAN AM

i. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing.
ii. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
iii.Pemohon yang berjaya ditemuduga hendaklah membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MPTI.
iv. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan di tutup adalah dianggap tidak berjaya.

Muatturun Borang Permohonan
Maklumat Jawatan Kosong

Share This