Select Page

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang :

BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN TARAF JAWATAN KELAYAKAN MINIMUM
1 PEGAWAI PENILAIAN W41 1 Tetap Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah)
2 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19 1 Kontrak SPM
3 ARKITEK J41 1 Tetap Ijazah Sarjana Muda Seni Bina

IKLAN PENUH MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

i). Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau muat turun secara percuma melalui laman web www.mppg.gov.my

ii) Semua permohonan hendaklah disertakan :-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu
e) Gambar Warna Berukuran Passport
f) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada,serta di alamatkan kepada;

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR,
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 APRIL 2019

iii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan penamatan Perkhidmatan).

iv) Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

v) Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi.

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK

i) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangan
ii )Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
iii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
iv) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
vi) Tidak menyertakan gambar passport berwarna

Share This