Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung.

  1. Penolong Jurutera JA29
  2. Pegawai Penilaian W41
  3. Penolong Pegawai Penilaian W29
  4. Pembantu Kesihatan Awam U19

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.

CATATAN AM

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian / temuduga:

(i) Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini

(ii) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini

(iii) Surat Perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.