Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung.

  1. PEMBANTU AWAM GRED H11 (UNIT LANDSKAP)

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 DISEMBER 2020

CATATAN AM

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon
yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temu duga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh
iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala
perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon
sendiri.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa
dipanggil untuk sesi ujian / temu duga:
(i) Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
(ii) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
(iii) Surat Perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong
permohonan jawatan tersebut.