Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berminat dan berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan JAWATAN TETAP DAN KONTRAK di Majlis Perbandaran Kluang sebagaimana berikut:

BILJAWATANGREDSTATUS JAWATAN
1JuruteraJ41TETAP
2Pegawai TadbirN41TETAP
3Penolong Pegawai Perancang BandarJA29TETAP
4Penolong Pegawai TadbirN29TETAP
5Pembantu TadbirN19TETAP
6Pembantu PenguatkuasaKP19TETAP
7Pembantu PenguatkuasaKP19KONTRAK

 

IKLAN PENUH

 

CARA MEMOHON 

Permohonan hendaklah SECARA ONLINE DI LAMAN WEB
http://esistem.mpkluang.gov.my/eJOB_MPKLUANG. Sebarang masalah berkaitan
permohonan jawatan sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis
Perbandaran Kluang di talian 07 – 7771473/1410

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM ATAU PADA : 14 FEBRUARI 2020

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan
Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa
Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan
Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan terkini ;

b) Permohonan bagi jawatan Gred 29 dan Gred 41 hendaklah disertakan
dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut :

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
ii. Menggunakan suara pemohon sebenar
iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di
bawah:

• Ringkasan Latarbelakang keluarga pemohon
• Ringkasan latarbelakang Pendidikan pemohon
• Ringkasan pengalaman kerja pemohonan
• Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
• Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan
• Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon
• Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau
‘NGO’
▪ Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan
yang dipohon.
• Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
• Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon

iv. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan
kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di
alamat [email protected] Sila pastikan setiap video yang
dihantar mempunyai Nama, No. KP pemohon dan Jawatan yang
dipohon (rename).

c) Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan
dan muat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan.
Pemohon yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tidak lengkap
akan DITOLAK.

d) Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi
untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan
selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai tidak TIDAK
BERJAYA.