Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon warganegara Malaysia
(Keutamaan Kepada Anak Negeri Selangor), berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

  1. Akauntan – WA41 Tetap/ Kontrak (2)
  2. Penolong Pegawai Tadbir – N29 Kontrak (1)
  3. Pembantu Tadbir (P/O) – N19 Kontrak (14)
  4. Pembantu Tadbir (Kewangan) – W19 Kontrak (2)
  5. Pembantu Akauntan – W19 Tetap/ Kontrak (2)
  6. Pembantu Penilaian -W19 Tetap/ Kontrak (3)
  7. Pembantu Juruaudit -W19 Kontrak (1)
  8. Pembantu Kesihatan Awam -U19 Kontrak (3)
  9. Pemandu Kenderaan -H11 Kontrak (6)
  10. Pembantu Awam -H11 Tetap / Kontrak (16)

CARA-CARA MEMOHON :

  1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web
    www.mpkj.gov.my.
  2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
    (i) Salinan Kad Pengenalan.
    (ii) Sijil Kelahiran.
    (iii) Sijil-sijil Persekolahan.
    (iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
    (v) Salinan Lesen Memandu (Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 sahaja)
  3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan
  4. Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.
  5. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama – sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
  6. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran/kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
  7. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI/TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
  8. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.
  9. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.
  10. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)


  TARIKH IKLAN                :  18 JANUARI 2019   (JUMAAT) 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 FEBRUARI 2019 (JUMAAT)


Iklan Jawatan MPK 
Borang Permohonan