Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Anak Negeri Selangor), berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

 

CARA-CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

Download di bawah :
BORANG PERMOHONAN  IKLAN PENUH

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
(i) Salinan Kad Pengenalan.
(ii) Sijil Kelahiran.
(iii)Sijil-sijil Persekolahan.
(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
(v) Salinan Lesen Memandu (Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 sahaja)

3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan
Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua
Kampung.

4. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan
Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama – sama Kenyataan Perkhidmatan yang
dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

5. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran /
kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri
atas sampul surat.

6. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

7. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.

8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh
pihak Majlis Perbandaran Kajang.

9. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)

TARIKH IKLAN : 15 JANUARI 2020 (RABU)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JANUARI 2020 (JUMAAT)

 

Tips Penting ketika temuduga Rahsia Lengkap Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
[+] https://klikjom.com/RLTK
+] https://klikjom.com/RLTK