Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan  keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

a. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32
b. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
c. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
d. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED JA29

A. CARA-CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan
Majlis Daerah Rompin yang boleh didapati di laman web Majlis
Daerah Rompin di alamat www.mdrompin.gov.my untuk setiap satu (1)
jawatan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan
keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam
sampul surat berukuran 10” x 15”. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat
hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

(i) tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak disertakan gambar, tidak terang
dan memohon jawatan yang tidak diiklankan;
(ii) tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
(iii) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan; dan
(v) tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai
yang sedang berkhidmat.

B. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR

Sebelum atau pada 26 Disember 2019

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan
Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi.

C. CATATAN AM

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk ditemu duga
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6)
bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka
tidak berjaya.

IKLAN MD ROMPIN