Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Malaysia khususnya Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Raub Pahang :

BILJAWATANGREDKELAYAKANSTATUS JAWATANKEKOSONGAN
1Pegawai Tadbir N41 Ijazah Sarjana Muda Tetap 1
2 Penolong Akantan W29  DiplomaTetap1
3 Pembantu Akauntan W19 SPMTetap1
4 Pembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi)

 N19 SPMTetap3
5 Pemandu KenderaanH11PMRTetap2
6 Pembantu Awam H11 PMRTetap4

Borang Permohonan 

Iklan Penuh

Update Resume Anda di SINI

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

i). Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Raub yang boleh dimuat turun di sini.

ii) Semua permohonan hendaklah disertakan :-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu
e) Gambar Warna Berukuran Passport 5 x 4sm
f) Borang yang tidak lengkap di isi akan ditolak

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 4 Dec 2020

iii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan penamatan Perkhidmatan).

iv) Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

v) Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Yang DiPertua
Majlis Daerah Raub
27600 Raub
Pahang Darul Makmur

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK

i) Borang permohonan bukan dari Majlis Daerah Raub
ii )Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
iii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
iv) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan

RALAT IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH RAUB BERTARIKH
11 NOVEMBER 2020
Semua salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan dan
lain-lain dokumen iringan yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon TIDAK
PERLU DISAHKAN salinan tersebut oleh mana-mana pihak.

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Daerah Raub
Tarikh : 19 November 2020