Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-
(Keutamaan adalah calon yang dilahirkan dan menetap di Negeri Kedah).

  1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
  2. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
  3. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT

  1. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing- masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005)
  2. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-a) Sijil Kelahiran
    b) KadPengenalan
    c) Sijil-sijil Persekolahan
    d) Sijil Berhenti Sekolah
    e) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) * Mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon
    f) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)
    g) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
    h) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)
  3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  4. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja  akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
  5. Borang permohonan boleh dimuatturun secara percuma di laman web rasmi Majlis Daerah Padang Terap (www.mdptk.gov.my/ms/rakyat/peluang-pekerjaan) mulai 04 Februari 2019 (Isnin).
  6. Borang permohonan jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:YANG DIPERTUA,
    MAJLIS DAERAH PADANG TERAP,
    06300 KUALA NERANG,
    KEDAH DARUL AMAN.

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 FEBRUARI 2019 JAM 3.30 PETANG

         Download borang permohonan di sini
         Sumber Rujukan Iklan