Select Page

Permohonan yang berkelayakan adalah dipelawa dan keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan :

JAWATAN KOSONG
BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN SKIM PERKHIDMATAN STATUS JAWATAN
1 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 1 PENTADBIRAN DAN SOKONGAN Tetap
2 PENOLONG JURUTERA JA29 1 KEJURUTERAAN Tetap


CARA-CARA MEMOHON:

1.Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal MDM yang boleh dicetak daripada portal rasmi MDM http://www.mdmersing.gov.my.

2.Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut :-

2.1 Kad Pengenalan diri;
2.2 Sijil Kelahiran;
2.3 Sijil-Sijil Persekolahan ;
2.4 Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
2.5 Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima) ;
2.6 Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport;
2.7 Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).

Cara Memohon Untuk Penolong Jurutera :

3. Pemohon hendaklah menyediakan video resume sebagaimana berikut:

3.1.Berdurasi tidak lebih dari 3 minit;
3.2 Menggunakan suara pemohon sebenar;

3.3 Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti dibawah;

3.3.1 Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon;
3.3.2 Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon;
3.3.3 Ringkasan pengalaman kerja pemohon;
3.3.4 Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon;
3.3.5 Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon;
3.3.6 Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon;
3.3.7 Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’;
3.3.8 Ringkasan kelebihan/kesesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon;
3.3.9 Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon;
3.4.0 Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.

3.4 Video resume hendaklah bersifat yang unik dan kreatif
3.5 Semua video resume hendaklah dihantar melalui email di alamat [email protected], hendaklah dihantar dalam bentuk/format Dropbox, Google Drive dan WeTransfer

4. PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

4.1 Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4.2 Bagi kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web Interaktif : https://app.mohe.gov.my/iktiraf dan lampirkan bersama borang permohonan.

4.3 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas dengan butiran dan maklumat yang diperlukan. 4.4 Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta merta. 4.5 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga.

4.6 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

4.7 Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ditanggung sendiri oleh pemohon.

5. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH MERSING,
NO. 1 JALAN TUN DR ISMAIL ,
86800 MERSING, JOHOR .
(JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada 31 MAC 2019

Muat Turun Borang Permohonan

IKLAN PENUH Pembantu Jurutera

IKLAN PENUH Pembantu Tadbir

PERINGATAN: SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN DARI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ATAU PENGHULU MUKIM BERKENAAN.

Share This