Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Malaysia khususnya Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlsi Daerah Maran Pahang :

BIL JAWATAN GRED KELAYAKAN STATUS JAWATAN KEKOSONGAN
 1 Pembantu Penguatkuasa

Bahagian Letak Kereta

KP19 SPM KONTRAK 8

 

IKLAN PENUH Muat Turun Borang

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

i). Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1Pind. 1/2005 .Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 22 sm x 32 sm beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem RM1

ii) Semua permohonan hendaklah disertakan :-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu
e) Gambar Warna Berukuran Passport
f) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada dan disahkan benar serta di alamatkan seperti di atas (i)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 Dec 2019

iii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan penamatan Perkhidmatan).

iv) Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

v) Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Maran
26500 Maran
Pahang Darul Makmur

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK

i) Borang permohonan bukan dari Majlis Daerah Maran
ii )Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
iii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
iv) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
vi) Tidak diakui salinan sah